• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potongan Cukai Untuk Majikan Laksana Waktu Kerja Fleksibel

oleh Mohd Arshad
28/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Potongan Cukai Untuk Majikan Laksana Waktu Kerja Fleksibel
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak rungutan oleh pihak industri tentang kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja sejak negara memasuki fasa peralihan kepada endemik bermula 1 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Faktor pertama menyumbang kepada permasalahan tersebut apabila sebilangan besar pekerja asing pulang ke negara asal berikutan pandemik Covid-19 melanda dunia.

Faktor kedua ramai pekerja tempatan yang hilang pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 tidak berminat untuk kembali ke sektor lama mereka bekerja.

Ia kerana rata-rata mereka yang terpaksa menyertai ekonomi gig untuk menyara hidup sejak hilang pekerjaan telah berasa selesa untuk terus berada dalam sektor ekonomi gig.

Antaranya disebabkan mereka tidak lagi perlu terikat kepada arahan dan mampu bekerja secara fleksibel, namun dalam masa sama berupaya menjana pendapatan yang baik.

Mungkin ada yang tidak tahu apakah itu ekonomi gig. Ekonomi gig ialah salah satu pilihan pekerjaan secara bebas dengan disokong oleh aplikasi teknologi seperti pemandu e-hailing dan p-hailing.

Justeru, ketika negara berhasrat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, mahu tidak mahu golongan majikan dalam ekonomi konvénsional perlu mula menerima hakikat ini.

Mereka perlu bersaing dengan tawaran ekonomi gig dan kata kunci untuk mendepaninya adalah `fléksibiliti’ waktu bekerja.
Majikan konvénsional harus berani menawarkan ruang lingkup bekerja secara fleksibel seperti ekonomi gig.

Lagipun mana-mana syarikat yang melaksanakan dasar Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) masih layak untuk mendapat Potongan Cukai Pendapatan Pengaturan Kerja Fleksibel daripada kerajaan.

Berdasarkan Buku Panduan C 2022 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), tempoh permohonan potongan cukai pendapatan untuk perbelanjaan Pengaturan Kerja Fleksibel dari tempoh 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2022.

FWA merujuk kepada tempat bekerja, penjadualan waktu kerja atau bilangan jam bekerja seperti minggu bekerja yang dipendekkan, Pilihan hari bercuti kakitangan, waktu kerja fleksi atau anjal dan perkongsian tugas.

Begitu juga pulang awal dari tempat kerja, peranan yang diubah suai, persaraan berfasa, kerja dikurangkan atau kerja separuh masa, kerja bermusim, pertukaran Syif, waktu bekerja berperingkat dan bekerja dari rumah.

Menurut Talentcorp, potongan cukai pendapatan itu adalah sehingga jumlah maksimum RM500,000 bersamaan dengan dua kali ganda jumlah perbelanjaan yang dibenarkan di bawah Potongan Cukai Pendapatan ini bagi setiap tahun.

Secara umum FWA adalah satu inisiatif kerajaan untuk menyokong majikan yang layak yang melaksanakan atau meningkatkan FWA dalam syarikat mereka.

Bagaimanapun, harus ingat majikan perlulah mendapatkan dulu Surat Pengesahan Pengaturan Kerja Fleksibel untuk menyokong penyerahan tuntutan potongan cukai kepada LHDNM melalui penilaian sendiri dalam sistem e-filing.

-Mynewshub

Tags: LHDNMmajikanpotongan cukaiWaktu Kerja Fleksibel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

19/08/2024
0

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 - Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bersama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd