• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MYCC Nilai Laporan Siasatan Kartel Industri Ayam

oleh Mohd Arshad
28/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MYCC Nilai Laporan Siasatan Kartel Industri Ayam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menerusi pasukan khasnya sedang menilai laporan penyiasatan mengenai dakwaan kartel dalam industri ayam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MyCC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, suruhanjaya yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dan lapan anggota MyCC bersidang semalam, untuk pembentangan laporan penyiasatan oleh pasukan khas berkenaan.

Menurut suruhanjaya itu, jika terdapat bukti kartel, keputusan cadangan mengikut Seksyen 36 Akta Persaingan 2010 akan dikeluarkan terhadap pihak berkenaan, namun jika tiada bukti yang menunjukkan unsur-unsur pelanggaran, MyCC akan menutup penyiasatan selaras dengan Seksyen 16 akta sama.

“Setelah keputusan cadangan dikeluarkan, pihak yang berkenaan akan diberi peluang bagi mengemukakan pembelaan mereka melalui representasi bertulis dan/atau lisan kepada MyCC,” menurut kenyataan itu.

Kemudian, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir untuk menentukan sama ada berlakunya pelanggaran atau tidak mengikut Akta Persaingan 2010.

“Sekiranya terdapat pelanggaran, MyCC akan mengenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada pusing ganti seluruh dunia dan/atau pengenaan arahan tertentu yang dianggap wajar oleh MyCC,” menurut suruhanjaya itu.

MyCC menubuhkan pasukan khas tersebut susulan arahan daripada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) awal tahun ini bagi menyiasat dakwaan kartel dalam industri ayam.

-Berita Harian

Tags: Kartel Industri AyamLaporan SiasatanMyCC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

19/03/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc...

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

10/03/2025
0

Lapan syarikat akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung penalti kewangan RM92.8 juta atas dakwaan terbabit dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd