• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Mentah Berpasir Jejaskan 12,000 Pengguna Di Lukut, Springhill

oleh Mohd Arshad
27/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Air Mentah Berpasir Jejaskan 12,000 Pengguna Di Lukut, Springhill
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Gangguan bekalan air di kawasan Lukut dan Bandar Springhill Port Dickson, dekat sini, membabitkan kira-kira 12,000 akaun pengguna mungkin mengambil masa lebih lama.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ini berikutan keadaan air mentah yang dibekalkan ke Loji Rawatan Air (LRA) dari Hutan Simpan Gunung Berembun, Pantai dekat sini, terlalu keruh, berlumpur dan berpasir.

Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Mohd Yazid Ahmad, berkata keadaan itu berlaku kesan daripada banjir besar yang melanda beberapa kawasan di negeri ini pada 18 Disember tahun lalu.

Katanya, keadaan air mentah berkenaan menyebabkan aktiviti pemprosesan air bersih yang dirawat di LRA Linggi Port Dickson sebelum disalurkan ke kawasan pengguna terganggu.

“Sejak berlaku banjir Disember tahun lalu keadaan air mentah semakin membimbangkan menyebabkan ada masanya loji terpaksa mengurangkan pengoperasian pam atau menghentikan pam air ke Kolam Sirusa Port Dickson bagi menepati piawaian air minum kebangsaan.

“Ini menyebabkan operasi loji tidak lancar atau ada ketika terpaksa dihentikan kerana tingkat kekeruhan air (NTU) yang tinggi melebihi 5,000 berbanding sebelum ini bawah 1,000 NTU,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Choo Ken Hwa dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaluddin membawa petugas media meninjau kawasan Hutan Simpan Gunung Berembun yang mengalami kerosakan teruk ketika bencana berkenaan.

Mohd Yazid berkata, LRA hanya boleh merawat jika NTU di bawah 1,000 dan sekiranya lebih, LRA memerlukan masa sekurang-kurangnya lima hingga enam jam atau setengah hari untuk memproses kekeruhan air.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan kawasan Lukut dan Springhill akan terputus bekalan air.

“Air sungai yang keruh menjadi keputihan apabila terdapat bendasing putih seperti pasir halus sebati dalam air, sampah-sarap yang menyebabkan muka sauk dan sistem penyaringan skrin tersumbat serta pam trip,” katanya.

Mohd Yazid berkata, pihaknya sudah mengambil beberapa tindakan jangka pendek dan panjang untuk menangani masalah berkenaan.

Beliau berkata, antara tindakan jangka pendek yang diambil adalah pemasangan alat kawalan tekanan dan menyuntik sistem bekalan air dari laluan 24 inci ke 36 inci.

“Selain itu, memanjangkan sistem air dari LRA Sawah Raja sehingga ke Batu 4 Port Dickson dan menghantar tangki statik ke kawasan gangguan.

“Tindakan jangka panjang pula membabitkan kerja menaik taraf dan membaik pulih sistem penyaringan di muka sauk LRA Linggi serta melaksanakan projek pemasangan pam dari Kolam Teluk Kemang ke Kolam Sirusa 5 sebagai satu alternatif dari LRA Sawah Raja, yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Katanya, ketika ini 70 peratus bekalan air diperoleh dari LRA Linggi dan 30 peratus lagi dari LRA Sawah Raja, untuk keperluan kawasan Port Dickson, Seremban dan Rembau.

Sementara itu, Ken Hwa berharap masalah bekalan air yang dialami 8,000 akaun di Lukut dan 4,000 akaun di Bandar Springhill, yang dihadapi sejak awal tahun ini, dapat diatasi secepat mungkin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut berkata, gangguan bekalan air yang sering berlaku sehingga dua hari menyukarkan penduduk di situ untuk melaksanakan urusan kehidupan harian.

“Kita berharap pihak SAINS dapat mengambil langkah proaktif dan menyegerakan segala perancangan disusun bagi menangani masalah bekalan air ini supaya ia tidak berlarutan terlalu lama,” katanya.

BHonline-

Tags: Gangguan Bekalan AirNegeri Sembilantercemar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd