• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Ini Kereta Abang Saya, Minta Tolong Ajarkan..

oleh AK-47
23/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka gadis manis lagi pemalu ini akan melakukan aksi drift yang seterusnya membuatkan beberapa tenaga pengajar kelas memandu lesen L menjerit ketakutan.

Dalam sebuah video yang dimuat naik pada 24 Mac lepas, pemandu rali profesional Malaysia Leona Chin menyamar sebagai pelajar ‘skema’ dan lurus bendul.

Jom lihat video prank yang dijayakan oleh pemandu profesional ini!

“Ini kereta abang saya,” ujar Leona Chin kepada keempat-empat pengajar memandu tentang kereta sportnya.

Selepas membawa kereta ‘abangnya’ ke sebuah lokasi, Chin bersama-sama dengan pengajar tersebut mula melakukan rutin latihan dan ujian memandu.

“Saya fikir anda perlu berlatih memandu dengan lebih kerap,” kata seorang pengajar lelaki. Chin hanya tersenyum mendengarnya.

Di luar jangkaan pengajar terbabit, Chin mula membuat aksi ‘spin tyre’ seterusnya memasuki fasa pemanduan aksi yang dikenali sebagai ‘donut’.

Chin melakukan aksi sama ke atas seorang pengajar wanita, yang sepanjang masa menjerit sambil berpaut pada tali pinggang keledar.

Dua lagi tenaga pengajar warga asing pula, meluru keluar dari kereta selepas aksi ‘donut’ daripada Chin tamat.

“Anda hampir bunuh saya!” teriak seorang pengajar lelaki berbaju kemeja biru. Dia juga kelihatan memegang kepala bagai tidak percaya dengan apa yang telah dialami.

Untuk pengetahuan, Chin merupakan salah seorang daripada pelumba pasukan Redbull Malaysia yang sudah menyertai pelbagai temasya rali peringkat kebangsaan.

Sony_Xperia_C3_Leona_Chin_Selfie_in_Car_600

Apa yang dilakukan Chin sebenarnya merupakan aksi prank yang dibawakan oleh maxman.tv, di mana semua aksi lasak Chin dipantau tanpa membahayakan nyawa orang awam dan mangsa prank.

Sehingga kini, video prank tersebut sudah menarik 30 juta viewers di Youtube dan telah dikongsi ramai di laman-laman sosial.

Oleh: hzq

-MYNEWSHUB.CC

Tags: keretaMalaysiaVIDEO PRANK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd