• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Festival Belia Putrajaya 2015 Tumpu Aktiviti Berkualiti

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Festival Belia Putrajaya 2015 menekankan kepentingan penyediaan aktiviti berkualiti dan bukan kepada sasaran jumlah pengunjung, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Saya lebih suka belia datang ke sini secara sukarela kerana mereka berminat dengan aktiviti yang dipersembahkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan penganjuran festival itu di Presint 4 di sini hari ini.

Bertemakan “Showcase of Talent”, Festival Belia Putrajaya 2015 selama tiga hari bermula Jumaat ini akan berpusat di Dataran Gemilang di Presint 4, berbanding hanya tertumpu di sekitar Presint 2 dan 3 sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu terlalu memikirkan tentang sasaran pengunjung kerana tindakan itu hanya akan memberikan tekanan kepada jabatan atau persatuan belia untuk menyediakan peserta.

Khairy berkata pemilihan aktiviti dibuat dengan lebih cermat selaras dengan aspirasi belia, manakala pameran yang tidak relevan dengan golongan muda akan dikurangkan daripada tahun sebelumnya.

“Setiap aktiviti yang dipilih, kita akan pastikan ia akan melibatkan semua golongan belia tanpa mengira bangsa dan pendekatan ini telah membuahkan hasil positif apabila kalangan bukan bumiputera sudah mula datang ke festival ini tahun lepas,” katanya.

Mengenai persiapan festival, Khairy berkata beliau berpuas hati dengan kerja-kerja yang dijalankan dan yakin semua khemah dan peralatan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang pembukaan majlis.

Penganjuran festival melibatkan peruntukan RM5 juta itu akan dibahagi kepada empat zon berdasarkan tema pemikiran, komuniti, seni dan aktif yang memberi peluang kepada orang muda untuk memperagakan bakat masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berharap Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dapat memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dalam prosiding 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya hormati keputusan PAC dan berpegang kepada kenyataan Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed iaitu “tiada keperluan buat masa ini”, namun untuk penyelesaian menyeluruh saya masih berharap individu tersebut tetap akan dipanggil beri keterangan selepas ini,” katanya.

Selepas memulakan prosiding pertama selama tiga jam ke atas tadbir urus syarikat 1MDB semalam, Nur Jazlan dalam sidang medianya selepas itu menyatakan tiada keperluan buat masa ini untuk PAC memanggil ahli perniagaan tersebut. – BERNAMA

Tags: BeliaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd