• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tikam Rakan Sekerja Dipenjara 5 Hari

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita yang menikam rakan sekerja kerana tidak berpuas hati dalam urusan perniagaan akhirnya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap S Rajeswari, 32, seorang jurugambar perkahwinan, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Nur Nisha Abdullah, 28, dengan menggunakan sebilah pisau.

Rajeswari didakwa melakukan kesalahan itu di Blok E-4-22 rumah pangsa Danau Kota, Jalan 2/3D, Taman Danau Kota, Setapak, di sini pada 4.30 pagi, 13 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 13 Mei dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara lapan bulan. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, semasa mangsa berada di ruang tamu rumahnya, tertuduh telah datang dan menikam bahagian belakang badan mangsa beberapa kali dipercayai berpunca kerana rasa tidak puas hati mengenai perniagaan mereka.

Mangsa berjaya menyelamatkan diri dan menelefon seorang lagi rakan sekerjanya yang kemudian membawa mangsa ke hospital untuk rawatan.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda dengan alasan dia sudah kematian suami dan perlu menanggung dua anak berusia 13 dan 11 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tindakan tertuduh yang menggunakan pisau dan menikam mangsa beberapa kali telah mengancam nyawa mangsa selain mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa. – BERNAMA

 

Tags: tikamWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd