• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertikaian Laut China Selatan Boleh Diselesai Secara Aman

oleh Ahmad Albab
17/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertikaian mengenai Laut China Selatan, yang melibatkan beberapa negara anggota Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN), perlu diselesaikan melalui saluran diplomatik, kata Duta Besar Rusia di Malaysia Valery N.Yermolov.

Beliau berkata pihak yang terlibat dengan tuntutan bertindih terhadap wilayah maritim di Laut China Selatan perlu mengelak daripada mencetuskan pertempuran tentera di perairan berkenaan.

“Rusia berpegang pada prinsip bahawa semua pertikaian yang wujud di negara terbabit dan semua perkara berkaitan dengannya perlu diselesaikan secara aman dan melalui saluran diplomatik,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, Rusia juga menghadapi masalah serupa (masalah wilayah) dengan Jepun, sebagai contoh.

“Tetapi, apa yang kami cuba lakukan sekarang ialah membincangkan isu itu melalui saluran diplomatik di peringkat politik,” katanya.

Tuntutan bertindih terhadap wilayah maritim dalam kalangan negara anggota ASEAN melibatkan Brunei Darussalam, Filipina, Malaysia dan Vietnam, selain China dan Taiwan.

Media antarabangsa melaporkan bahawa kerja pembinaan sedang giat dijalankan di Laut China Selatan iaitu di kawasan yang kedaulatannya menjadi pertikaian dalam kalangan enam negara.

Menurut laporan itu, imej satelit terbaru menunjukkan China giat melakukan kerja menebus guna tanah di sekitar tujuh kawasan terumbu karang yang didudukinya di kepulauan Spratly di Laut China Selatan, termasuk membina apa yang kelihatan seperti landasan terbang di sebuah pulau buatan manusia.

Media antarabangsa melaporkan bahawa kegiatan seperti itu meresahkan beberapa negara di Asia Tenggara dan mengundang kritikan Washington.

Sementara itu, menjawab soalan tentang siasatan terhadap nahas Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh, Duta Besar itu berkata Rusia menghulurkan pelbagai bantuan bagi mempercepatkan proses siasatan tentang tragedi itu.

Yermolov berkata baru-baru ini, beberapa pakar dari Belanda melawat Rusia.

“Mereka diberi semua bahan dan dokumen. Rusia berusaha sedaya upayanya untuk membantu dalam penyiasatan itu,” katanya dan menjelaskan bahawa negara itu menaruh minat mendalam terhadap penyiasatan secara menyeluduh dan adil.

“Kami juga amat menghargai pendirian Malaysia yang enggan menyalahkan sesiapa sebelum penyiasatan itu mencapai hasil muktamad,” katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu, yang dipercayai ditembak, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Mengenai Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10 yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Yermolov berkata satu delegasi peringkat tinggi Rusia akan menghadirinya.

Sebelum itu, Kementerian Luar Rusia dijangka menyertai Mesyuarat Peringkat Menteri Forum Serantau ASEAN (ARF) Ogos ini, katanya. – BERNAMA

Tags: ASEANRusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd