• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil GST Adalah Untuk Kepentingan Negara & Rakyat

oleh Ahmad Albab
17/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah untuk mengukuhkan kewangan negara demi manfaat jangka panjang rakyat.

Menurut baginda GST yang dikutip digunakan untuk mengukuhkan keselamatan negara, memantapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur yang akan memakmurkan pembangunan sosial dan kebajikan rakyat.

“Beta mengambil maklum dan mendengar rungutan pelbagai pihak berhubung kenaikan harga barangan akibat pelaksanaan GST namun beta yakin segala keluhan ditangani sewajarnya oleh kerajaan.

“Kemakmuran tidak bermakna apabila masih ada rakyat hidup dalam kesusahan,” titah Tuanku Syed Sirajuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri sempena keputeraan baginda ke-72 di Balairung Seri Istana Arau di sini, hari ini.

Pada istiadat itu baginda berkenan menganugerahkan darjah kepada 35 orang penerima manakala baki 276 lagi akan menerima anugerah masing-masing dalam istiadat selepas ini.

Berangkat sama pada istiadat itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda dan Raja Puan Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta kerabat diraja Perlis.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan anggota Exco kerajaan negeri turut hadir.

Tuanku Syed Sirajuddin berharap kerajaan negeri bergandingan dengan rakyat melipatgandakan penguatkuasaan dan pemantauan bagi mencegah peniaga mengambil kesempatan menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga yang membebankan rakyat.

Baginda turut mengingatkan rakyat agar mengekalkan kemakmuran dan perpaduan umpama ‘tiang seri’ yang memastikan keteguhan sesebuah negeri.

“Kota Rom yang hebat tidak dibina dalam masa sehari…bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Realiti untuk menjadi negeri maju adalah melalui kerjasama dan usaha semua pihak.

Justeru, limpahan hasil yang tinggi dari sumber terhad hendaklah diurus secara berhemat dan berhemah supaya rakyat mendapat faedah. Usaha ini menuntut sikap amanah yang tinggi dan budaya pentadbiran yang boleh dipercayai dan dihormati,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: GSTPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd