• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Benarkan Bot Bawa Pelarian Rohingya, Bangladesh Mendarat’

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bot yang membawa pelarian etnik Rohingya dan Bangladesh sepatutnya dibenarkan mendarat di pantai dan diberi akses kemanusiaan penuh oleh kerajaan Malaysia, Thailand dan Indonesia, kata Mercy Malaysia.

Agensi kemanusian itu berkata, ketiga-tiga negara juga perlu memberi akses kepada pekerja kemanusiaan untuk menghantar bantuan yang diperlukan oleh mereka yang berada di pusat tahanan sedia ada.

“Menyediakan bantuan kemanusiaan dan membantu menyelamatkan nyawa adalah perkara yang betul dan tindakan berperikemanusiaan untuk dilakukan sekarang,” kata Mercy dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tindakan Indonesia dan Malaysia mengarahkan bot yang dipenuhi dengan pendatang asing warga Bangladesh dan Rohingya dalam keadaan kelaparan agar berpatah-balik telah menimbulkan kemarahan Washington dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Krisis kemanusiaan timbul selepas polis Thai bertindak keras terhadap aktiviti penyeludupan manusia.

Aktivis menganggarkan kira-kira 8,000 pendatang asing yang kemungkinan berada di lautan Asia Tenggara dalam keadaan kebuluran dan berdepan dengan kematian.

Mercy Malaysia berkata keadaan itu amat membimbangkan kerana muatan kapal dalam keadaan tidak sempurna tanpa sebarang pengemudi dan penunjuk arah.

Keadaan itu menyebabkan pendatang asing berhadapan bahaya malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

“Sebahagian besar tanpa bekalan makanan dan minuman manakala sudah jelas ada yang memerlukan rawatan perubatan,” katanya.

Sebagai pengerusi Asean, Malaysia harus mencari jalan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi krisis dengan kerjasama bersepadu semua pihak berkaitan. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=J6CgUJPRgIc

Tags: MERCYRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd