• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Maut Helikopter Terhempas Di Nepal

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Enam tentera marin Amerika Syarikat (AS) dan dua askar Nepal terkorban apabila helikopter mereka terhempas di kawasan pergunungan yang dilanda gempa bumi, kata Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter.

Helikopter jenis UH-1Y Huey itu digunakan untuk menghantar bantuan apabila dilaporkan hilang Selasa lalu. Bangkai pesawat ditemui semalam selepas misi mencari dilaksanakan menggunakan helikopter dan beratus-ratus askar AS dan Nepal.

“Hari ini kita bersedih atas kematian tentera marin AS yang terkorban apabila helikopter mereka terhempas di kawasan pergunungan Nepal awal minggu ini ketika menghantar bantuan kepada mangsa gempa,” kata Carter dalam kenyataan.

Baca: Helikopter AS, 8 Kru ‘Ghaib’ Ketika Gempa Terbaharu Nepal

“Kita juga turut berduka di atas kematian askar Nepal yang turut berada dalam helikopter itu pada masa kejadian.”

Beliau berkata: “Misi kita akan diteruskan di Nepal, dan kita tetap menyahut permintaan sekiranya bencana melanda lagi sama ada di Asia Pasifik mahupun di seluruh dunia.”

Sementara itu, komander pasukan bertindak bersama menyiasat kehilangan pesawat berkenaan mengesahkan bangkai helikpopter sudah ditemui dan menyifatkan kejadian sebagai “nahas teruk”.

Pesawat berkenaan terdahulu dikesan di kawasan hutan terpencil kira-kira 70 kilometer timur laut Kathmandu. – AFP

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd