Susulan tindakan biadab Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang menolak Hudud dalam satu ucapan di Kelantan baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati tuan rumah.
Dalam satu kenyataannya kepada sebuah akhbar tempatan, Nik Abduh yang juga anak sulung kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, “Bagi saya nak mari tidak apa, dia boleh bercakap tentang apa-apa saja isu negara seperti GST dan lain-lain.
Tetapi tidak manislah bercakap tentang sesuatu isu yang bercanggah dengan hasrat dan usaha kerajaan negeri sejak sekian lama.
“Dia sebagai tetamu sepatutnya menghormati tuan rumah, suasana dan masyarakat di Kelantan.”
Sebelum ini, Nik Abduh menyuarakan kekesalannya terhadap insiden tersebut menerusi satu entri di laman Facebook rasminya.
[Kalau Bapa Masih Ada – PAS Tak Jadi Macam Sekarang – Nik Abduh]
Antara keluhan yang dibicarakan beliau adalah tentang segelintir pihak dalam PAS sendiri yang dilihat seolah-olah menanti pemergian bapanya.
Nik Abduh membandingkan era yang mana ketika bapanya masih ada, tiada yang berani membawa Kit Siang datang ke Kelantan untuk menolak hukum Allah.
Namun situasi berubah 360 darjah kerana kini, Kit Siang secara terang-terangan berani menyuarakan pandangannya dengan menolak perlaksanaan Hudud di hadapan penduduk Kelantan sendiri.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Baik DAP Sendiri Keluar Pakatan – Nik Mohamad Abduh



