• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Rakyat Asing Ditemui Tepi Sawah

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui mati di tepi sawah di Permatang Nibong di sini hari ini.

Mayat yang lengkap berpakaian baju kemeja putih dan berseluar hitam itu ditemui seorang pesawah ketika melalui kawasan itu untuk ke sawahnya pada pukul 10 pagi.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu dipercayai mati di tempat lain sebelum mayatnya dibuang berhampiran batas ban merah, kira-kira 200 meter dari jalan besar.

“Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terlentang dan pakaian mangsa juga basah. Polis tidak menolak kemungkinan mayat itu baru dibuang di situ iaitu tidak sampai dua jam,” katanya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata tiada kecederaan luaran ditemui pada badan lelaki itu.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: lelakiMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd