HONG LEONG Bank Berhad menjadi bank pertama di Malaysia yang mengumumkan sokongan untuk jam tangan pintar terbaru Apple, iaitu Apple Watch.
Kini aplikasi Hong Leong Connect boleh digunakan bersama-sama Apple Watch, sekaligus memudahkan para pengguna melakukan transaksi terus dari pergelangan tangan.
Aplikasi ini membolehkan para pengguna melihat baki akaun serta nombor TAC untuk melakukan transaksi perbankan.
Untuk menggunakan aplikasi ini pada Apple Watch, pengguna hanya perlu mengaktifkannya melalui aplikasi iPhone.
Untuk makluman, Apple Watch masih belum ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan hanya dijual di beberapa buah negara sahaja buat masa ini.
Tidak diketahui lagi bilakah Apple Watch akan memasuki pasaran tempatan tetapi Hong Leong Bank nampaknya telah bersedia lebih awal.
– MYNEWSHUB.CC