• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: Pahang, Lions XII Bawa Bekalan Tipis

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Pahang dan wakil kelab dari Singapura, Lions XII sekadar membawa kelebihan tipis satu gol bagi aksi separuh akhir kedua Piala FA, pada 16 Mei ini.

Pahang, yang juga pendahulu Liga Super, sekadar menang tipis 1-0 ke atas jiran mereka, Kelantan pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula bagi aksi timbal balik di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Lions XII turut menang tipis 2-1 ke atas Terengganu pada aksi yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad kendalian Fandi Ahmad itu dijangka berdepan tugas getir pada aksi timbal balik memandangkan pasukan Terengganu kembali menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu yang boleh memuatkan kira-kira 35,000 penyokong berbanding Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang boleh menampung 10,000 penyokong sahaja.

Stadium Sultan Mizan yang siap dibina pada tahun 2008 dengan kos kira-kira RM290 juta, runtuh di bahagian bumbung pada Jun 2009 di tempat duduk utama dan memaksa kerajaan negeri menutup stadium itu bagi proses pembaikan.

Pada aksi di Kuantan, skuad Tok Gajah hanya memerlukan dua minit untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan kencang pemain import dari Argentina, Matias Conti selepas menerima hantaran daripada Dickson Nwakaeme.

Kedua-dua pasukan terus menyerang kubu masing-masing namun gagal menemui sentuhan jaringan.

Di Stadium Jalan Besar, Lions XII meraih kemenangan menerusi jaringan Muhammad Khairul Nizam Mohammad Kamal pada minit ke-30 dan Muhammad Faris Ramli, selang empat minit kemudian.

Pemain import dari Argentina, Gustavo Fabian Lopez berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan percuma menarik yang menewaskan penjaga gol Lions XII, Muhammad Izwan Mahbud pada minit ke-39.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menetapkan aksi final Piala FA 2015 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei ini. – BERNAMA

Tags: Piala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd