• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produksi Ambil Kesempatan Bayar Hamid Gurkha Harga Ciput

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon veteran Hamid Gurkha tidak pernah berkecil hati terhadap mana-mana syarikat produksi yang memberikannya bayaran tidak setimpal dengan hasil kerja lakonan yang dilakukan.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 82, berkata, perasaan kecil hati itu tidak boleh dibawa kemana-mana kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian apatah lagi kebanyakan pelakon veteran sepertinya semakin kurang diperlukan.

“Dalam industri seni tempatan kita ini, memang betul, pelakon-pelakon veteran macam saya dipinggirkan. Tetapi nak kata disingkirkan pun tidak. Mungkin watak orang tua sudah kurang dalam sesebuah skrip.

“Saya pun tak adalah nak letak harga sangat. Cuma apabila kita tak menetapkan harga, pihak produksi ambil kesempatan memberi bayaran yang ciput saja.

“Tetapi saya tidak pernah berkecil hati dan anggap mungkin itu saja rezeki yang ada. Nak buat macam mana, mereka (produksi) lebih berkuasa,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, ditanya pula tentang Anugerah Khas Juri yang diterimanya bersama Datuk Jamali Shadat pada Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor Shah Alam Sabtu lalu, Hamid tidak menyangka dia bersama rakannya itu menerima anugerah tersebut.

Dia bersyukur kerana masih sempat merasai kegembiraan naik ke pentas mengambil trofi sebelum meninggal dunia memadangkan dia belum pernah menerima sebarang anugerah setakat ini.

“Siapa yang tak seronok, tambahan pula ini adalah anugerah pertama sepanjang karier saya.

“Dulu-dulu ada la terfikir, kenapa saya tak pernah dianugerahkan apa-apa? Tetapi tak sangka pula anugerah itu diterima ketika usia saya sudah di hujung-hujung usia,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artispelakon veteran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd