Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

7 Rumah P.Pinang Markas...

KEPALA BATAS - Enam buah rumah dan sebuah markas PAS di Kampung...

Britain Dapat Kelulusan Keluar...

BRUSSELS - Parlimen Eropah memberi kelulusan kepada Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU),...

Surat Ahli Majlis Dalam...

TIDAK ada yang pelik dengan tindakan ahli majlis di Iskandar Puteri mengeluarkan surat...

RM48.6 Bilion Pinjaman PTPTN...

KUALA LUMPUR - Seramai 2,643,734 peminjam telah menerima pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan bekas isterinya di sebuah kediaman di Kota Damansara, Petaling Jaya, dekat sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek berusia 45 tahun ditahan di sebuah lokasi di Kota Damansara, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Katanya, tangkapan itu dibuat selepas polis daerah Petaling Jaya menerima aduan daripada seorang wanita berusia 27 tahun yang juga bekas isteri suspek berkaitan kejadian itu, semalam.

“Pengadu mendakwa dia berada di kawasan parkir kediaman bekas suaminya di Kota Damansara, kira-kira jam 2.29 petang untuk mengambil anak lelaki daripada artis terbabit.

“Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham kerana pengadu enggan bergambar dengan suspek menyebabkan suspek marah dan memukul badan pengadu menyebabkan lebam dan anggota badannya sakit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan tahanan reman bagi siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori