• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Keselamatan Kompleks D Putrajaya Diperketat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mahu masuk ke kawasan Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya perlu mendapatkan pas daripada pihak keselamatan terlebih dahulu berkuat kuasa bulan ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan media memberitahu, perkara itu seperti diputuskan oleh Mesyuarat Khas Keselamatan Kompleks D pada 29 April lalu.

“Mesyuarat memutuskan untuk melaksanakan penguatkuasaan tapisan kemasukan pelawat dan kenderaan ke Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

“Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh KDN selaku Pengerusi Jawatankuasa Perimeter Keselamatan Kompleks D, Putrajaya.,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, semua pelawat yang ingin berurusan di Kompleks D yang turut menempatkan pejabat KDN perlu melaporkan diri di Balai Pengawal Utama bagi mendapatkan Pas Pelawat.

Kata kenyataan itu, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat Kompleks D sahaja yang dibenarkan memasuki Kompleks D.

“Segala kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh orang ramai amatlah dikesali,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: KDNkeselamatanPutrajaya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli

‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menasihatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menikmati hari-hari terakhir sebagai...

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

28/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd