• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rugi RM10,000 Diperdaya Modal Ikan Bilis

oleh AK-47
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KASIHAN nasib tiga suri rumah ini. Mereka bukan saja kerugian RM10,000 malah ditinggalkan di sebuah hospital swasta.

Memetik laporan Harian Metro, ketiga-tiga wanita ini didatangi individu yang menawarkan pekerjaan memproses ikan bilis di rumah.

Sindiket terbabit terdiri dari dua wanita dan seorang lelaki mendakwa mereka adalah ejen memproses ikan bilis yang mencari suri rumah untuk diberikan pekerjaan.

Menceritakan kejadian sebenar, mangsa Harlina Hashim, 47, berkata, dia dan dua jirannya didatangi seorang wanita berusia 50-an, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin menawarkan pekerjaan memproses ikan bilis di rumah dengan bayaran RM10 bagi sekilogram.

Mangsa menetap di Rumah Awam Sri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka. Dua lagi jirannya Norihan Hamid, 45, dan Surayah Sharif, 39, juga bersetuju mengambil pekerjaan itu.

“Saya pernah melakukan kerja itu dengan bayaran RM1 satu kg, 15 tahun lalu. Apabila mendengar tawaran wanita itu, saya tidak berfikir panjang dan bersetuju,” katanya.

Sindiket terbabit kemudia membawa mereka ke hospital swasta, di Seremban, Negeri Sembilan kira-kira 60 kilometer dari kediaman mereka kononya untuk mendapatkan suntikan dan imbasan X-ray.

Mangsa kemudia diarahkan meninggalkan wang tunai, barang kemas dan barangan berharga dengan seorang wanita lain yang juga ahli sindiket itu di dalam kereta berusia lingkungan 50 an.

“Saya hairan dan bertanya tujuan suntikan dan imbasan itu kerana sebelum ini saya tidak pula disuruh berbuat demikian. Mereka mendakwa ia prosedur ditetapkan syarikatnya,” kata Harlina.

Mereka menyedari ditipu apabila sindiket terbabit tidak ditemui selepas mereka menjalankan pemeriksaan.

“Wanita terbabit kemudian memberitahu akan datang semula untuk menghantar tiga kg ikan bilis kepada kami, tetapi tdak muncul. Kami mula sedar sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Kesemua mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, malam kelmarin. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIMEBUSTERZ

 

 

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd