• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar M’sia Dipenjara Di London Kes Gambar Porno Kanak Kanak

oleh AK-47
04/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelajar genius Matematik dari Malaysia yang sedang menuntut pengajian di Kolej Imperial London dihukum penjara lima tahun kerana memiliki lebih 30,000 gambar dan 1,156 video pornografi kanak-kanak.

Tertuduh yang dikenali sebagai Nur Nordin, 23, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di United Kingdom selepas mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak pada November tahun lalu.

Difahamkan, sebahagian daripada imej pornografi yang dimiliki Nordin paling melampau dan keji pernah dilihat oleh Pegawai Polis Metropolitan.

Menurut laporan Mirror.uk, tertuduh ditahan selepas pihak berkuasa mendapati akaun internet milik Nordin memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lucah.

Ketika operasi penyerbuan bilik pelajar yang terletak berhampiran Hyde Park, London pihak polis menemui lebih 30,000 imej tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka menyiasat alat-alat elektronik milik tertuduh.

Pihak berkuasa di negara itu menyifatkan kes ini sesuatu yang melampau dan keterlaluan kerana tertuduh bukan sahaja memiliki malah memuat naik imej porno itu buat tontonan umum.

Berikutan itu, tertuduh yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak ini dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia selepas tamat menjalani hukuman.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Tags: Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd