• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Rompin: Pahang Umum Cuti Peristiwa 5 Mei

oleh AK-47
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA penduduk Pahang bakal merasai cuti hujung minggu yang panjang pada minggu ini.

Ini kerana kerajaan Pahang telah mengisytiharkan tarikh 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa bagi memudahkan pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Rompin mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, hari ini.

Memetik mStar, “keputusan ini diambil bagi membolehkan rakyat untuk keluar beramai-ramai mengundi pada Hari Pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan Rompin.”

PRK Rompin ditetapkan pada 5 Mei ini (Selasa), manakala pengundian awal pada esok hari (Khamis).

Kerusi Parlimen Rompin kembali dipertandingkan selepas berlaku kekosongan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin dan calon mewakili PAS, Nazri Ahmad. – MYNEWSHUB.CC

PRK ROMPIN
Calon PRK Rompin, Nazri Ahmad mewakili PAS (kiri) dan Datuk Hasan Arifin (BN).

Oleh:  IMAN

Tags: BNPASPRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd