• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Sabah Tolak Semua Bentuk Ekstremisme Agama

oleh Ahmad Albab
27/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Sabah tidak akan menerima semua bentuk ekstremisme agama dengan menyatakan ia mungkin menggugat keharmonian dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata Sabah mempunyai budaya yang berbeza dan mengamalkan toleransi agama dan persefahaman di tahap tinggi.

Semua rakyat Sabah yang cintakan keamanan tidak dapat mnerima ekstremisme agama. Apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak memberi kesan ke atas Malaysia timur terutama Sabah.

“Sabah tidak pernah menghadapi masalah antara penduduk Islam dan Kristian selama ini,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden demonstrasi sekumpulan penduduk Islam membantah pemasangan lambang salib di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lepas.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, menggesa rakyat Sabah supaya jangan mudah terpengaruh dengan propaganda golongan taksub kepada agama yang cuba menimbulkan permusuhan dan menggugat kepercayaan dalam kalangan penganut pelbagai agama di negara ini.

“Saya percaya rakyat Sabah tidak akan membenarkan politik agama menyusup masuk ke negeri ini yang terkenal kerana keharmonian kaum walaupun mempunyai lebih 32 suku kaum etnik.

“Kita perlu memelihara kemanan dan keharmonian dengan apa cara sekalipun,” kata beliau.

Bekas ketua menteri itu menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman ekstremisme agama di negara ini sambil menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik supaya bersatu dan bangkit menentang ekstremisme agama. – BERNAMA

Tags: Sabahsensitiviti agama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd