• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hock Kai Tan – Setengah Kosong Atau Setengah Isi?

oleh AK-47
25/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Hock Kai Tan

Dua orang boleh melihat keadaan yang sama dengan cara yang berbeza. Satu boleh melihat gelas kaca setengah isi atau setengah kosong – yang kekal dalam situasi pemikiran positif atau negatif, atau memaparkan optimis atau pesimis, harapan dan realisme praktikal.

Sebagai contoh, pertimbangkan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Invest Malaysia dan blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Dari satu segi, ketika Mahathir mengecat senario kiamat yang suram bagi Malaysia dan mahu PM meletak jawatan, PM sebaliknya mengumumkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 6 peratus pada 2014.

Kedua-dua IMF dan Bank Dunia juga telah menyemak semula anggaran pertumbuhan ekonomi global mereka bagi 2015, kepada 3.5 peratus dan 3.0 peratus, masing-masing. Bagaimanapun, kita menjangkakan untuk melihat Malaysia berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus pada 2015.

Selain itu, dalam tempoh empat tahun akan datang, Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) meramalkan negara kita akan menikmati pertumbuhan tahunan sebanyak 5.6 peratus.

PM Najib memberikan kita sebab untuk bergembira dengan mengingatkan kita bahawa Bloomberg telah memberi penarafan kepada Malaysia di kedudukan kelima dunia sebagai pasaran baru muncul yang paling memberangsangkan pada 2015 dan satu-satunya negara ASEAN yang berada dalam 10 teratas, sekali gus bermakna penduduk kita yang hampir 30 juta orang kini duduk sebaris dengan China dalam kedudukan kelima teratas Bloomberg.

Sebaliknya, Mahathir memfitnah kestabilan ekonomi negara kita dengan sentiasa mempersoalkan status dana 1MDB dan menggunakan sikap berdiam diri Perdana Menteri terhadap dana berkenaan sebagai alasan untuk memaksa beliau meletak jawatan.

Mahathir seolah-olah mempunyai terowong penglihatan, dengan yang dilihatnya adalah gelas kosong sedangkan sebenarnya Laporan Daya Saing Forum Ekonomi Dunia Global mengiktiraf Malaysia sebagai yang pertama untuk Pasaran Kewangan hak undang-undang, keempat untuk Pembangunan Pasaran Kewangan dan kelapan untuk memudahkan pembiayaan melalui pasaran ekuiti.

1MDB bukan paksi bagi Malaysia walaupun Mahathir memilih untuk percaya sebaliknya.

Memberangsangkan, kerajaan kita mampu menyediakan perumahan berpatutan, perumahan berkualiti tinggi dan membuka klinik 1Malaysia serta kedai-kedai membuat penjagaan kesihatan dan keperluan asas yang disediakan untuk semua.

Meletakkan yang kurang bernasib baik sebagai keutamaan, kerajaan sekarang telah mensasarkan penyampaian subsidi melalui pemindahan wang tunai secara terus bagi BR1M.

Kaedah ini digunapakai di kebanyakan negara bagi memastikan wang itu sampai kepada mereka yang memerlukan, bukannya membaluti mereka dengan subsidi.

Penerima mendapat manfaat secara langsung dengan wang itu membolehkan mereka untuk membeli barangan keperluan, sekali gus memanfaatkan ekonomi kita melalui kesan berganda.

Walaupun PM mengingatkan kita bahawa hari ini, 92 peratus rakyat Malaysia mempunyai akses kepada akaun bank, dan kita telah berada di kedudukan teratas dalam kategori “Mendapatkan Kredit” Bank Dunia untuk enam tahun berturut-turut, Mahathir mempersoalkan akaun dan lokasi dana 1MDB.

Beritahu saya dengan jujur….Adakah anda memaklumkan akaun syarikat anda untuk dilihat?

Jika Mahathir meminta kepada anda, di mana anda menyembunyikan simpanan anda, adakah anda akan mendedahkannya?

Jika anda enggan dan Mahathir meminta anda untuk meletak jawatan, mahukah anda?

Ada masa untuk bercakap dan mempersoalkan. Kita semua mahukan jawapan tetapi kita tidak boleh mendapatkan mereka sepanjang masa kerana kita perlu menghormati sempadan dan konvensyen.

Apa-apa yang PM kata boleh menjejaskan pasaran saham atau kenyakinan ringgit dan perniagaan.

Dengan hikmah dan keyakinan, PM berkata hari ini: Terdapat beberapa cakap-cakap akhir-akhir ini di Malaysia tentang bagaimana ia boleh menjadi keseorangan dalam memperkatakan mengenai kebenaran. Saya boleh memberitahu anda bahawa saya tidak merasa keseorangan berdiri di sini di hadapan anda semua hari ini! Ini kerana banyak badan-badan antarabangsa yang dihormati, individu dan institusi telah mengesahkan kepercayaan mereka terhadap kejayaan Malaysia, dan menghargai kita dengan rating yang tinggi, saya tidak berasa keseorangan langsung – malah saya juga tidak keseorangan kerana hakikatnya saya mendapat sokongan padu. Saya juga yakin dengan kestabilan dan pertumbuhan Malaysia yang mapan di bawah kerajaan ini, saya boleh menjangkakan sokongan berterusan daripada anda semua bagi tahun-tahun yang akan datang.

Dalam menghadapi serangan pedas dari Mahathir, jika PM boleh setenang ini, ia bermakna beliau seorang pelakon yang sangat baik atau hidup dalam khayalan / penafian atau bahawa sesungguhnya, semuanya berjalan dengan lancar pada Najib.

Saya memilih untuk percaya yang terakhir. Anda bagaimana?

Saya melihat gelas kaca yang setengah isi. Bagaimana dengan anda?

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd