• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#ASEAN: Membentuk Solidariti Asean Menerusi Bahasa Melayu

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menjelang penubuhan Komuniti ASEAN hujung tahun ini, Bahasa Melayu dilihat boleh memainkan peranan dalam membentuk solidariti masyarakat di rantau ini.

Dengan jumlah penduduk lebih 600 juta orang serta perbezaan ketara daripada sudut budaya, bahasa, agama, ekonomi dan politik di negara-negara anggota ASEAN, usaha mencari satu identiti serantau adalah amat mencabar.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Bahasa Melayu mampu menyatupadukan masyarakat ASEAN.

Beliau berkata Komuniti ASEAN harus dilihat mempunyai sifat kekitaan tersendiri yang akan menyerlahkan identiti kumpulan serantau itu dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

“Saya lihat Bahasa Melayu merupakan bahasa yang ditutur 300 juta manusia di ASEAN. Maka, lebih separuh penduduk ASEAN diwakili oleh penutur Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. Amat baik jika ia diasaskan sebagai bahasa serantau dan ini akan menyatukan kita,” katanya kepada BERNAMA di sini.

Rais menjelaskan ASEAN harus muncul dengan bahasanya sendiri, selain cuba menampilkan seni dan muzik yang melambangkan identiti kumpulan serantau itu.

Menurutnya beberapa negara jiran mungkin tidak akan bersetuju dengan cadangan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa serantau, namun beliau yakin cadangan itu mampu dilaksanakan.

“Vietnam, Laos dan Thailand mungkin tidak bersetuju. Tidak mengapa, asalkan dasar itu dapat dilihat dari sudut amali dan tidak hanya dilihat dari segi teori. Kita kena lihat apa yang menyatukan kita sekarang, tidak ada.

“Realitinya, Bahasa Melayu dan budaya serantau boleh menyumbang kepada kekitaan dalam ASEAN. Aspek sosiobudaya juga boleh serlahkan budaya serantau di ASEAN. Saya fikir harus dibawa dalam perbincangan,” jelasnya.

Malaysia dipilih menjadi pengerusi ASEAN untuk penggal 2015 dan penubuhan Komuniti ASEAN yang dijadual hujung tahun ini merangkumi tiga pelan pembangunan iaitu Komuniti Ekonomi ASEAN, Komuniti Keselamatan Politik dan Komuniti Sosiobudaya.

Pada 2007, ASEAN bersetuju supaya penubuhan Komuniti ASEAN dipercepatkan kepada 2015.

Antara lain, Komuniti ASEAN melibatkan integrasi serantau yang lebih mendalam dan luas bagi membolehkan ASEAN bersaing dengan lebih berkesan serta meningkatkan lagi taraf hidup dan mrwujudkan kemajuan sosial lebih pesat untuk rakyat di negara-negara anggota pertubuhan itu.

Sementara itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu boleh digunakan sebagai alat membentuk kesepaduan.

Beliau berkata selain jumlah penutur yang ramai, Bahasa Melayu juga digunakan di empat daripada 10 negara anggota ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.

“Atas alasan itu, kita bolehlah cuba menyakinkan negara-negara ASEAN lain bahawa Bahasa Melayu boleh diangkat sebagai bahasa ASEAN untuk tujuan solidariti,” katanya.

Malah, katanya langkah serupa pernah dilakukan Maharaja Shih Huang Ti yang memperkenalkan sistem tulisan seragam bagi menyatupadukan masyarakat di China yang menuturkan Bahasa Cina yang pelbagai.

“Seluruh dunia juga menggunakan Bahasa Inggeris untuk kesepaduan…jadi, boleh sangat digunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa serantau Asean. (Penyatuan melalui bahasa) sesuatu yang terbukti pada zaman lampau dan zaman sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap usaha menyatukan masyarakat melalui Bahasa Melayu dapat dilakukan sepenuhnya dalam kalangan rakyat Malaysia terlebih dahulu, sebelum memberi tumpuan penuh kepada usaha di luar negara.

Menurut laman web ASEAN, Komuniti Sosiobudaya boleh menyumbang kepada merealisasikan Komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat dan mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat dan negara anggota serantau itu.

Ia juga bertujuan membentuk satu identiti bersama dan membina masyarakat penyayang dan saling berkongsi yang inklusif serta meningkatkan kesejahteraan, kehidupan dan kebajikan rakyat di rantau ini.

Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, ASEAN kemudian dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=xrl-TX2Gmxc

Tags: ASEANBahasa Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong

Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan adalah amat penting untuk pemimpin akar umbi mahupun ahli-ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd