• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang, Lions XII Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Pahang dan wakil Singapura, Lions XII mengesahkan slot ke separuh akhir Piala FA setelah mengalahkan lawan masing-masing pada aksi suku akhir kedua, malam tadi.

Pahang yang menang 2-0 ke atas Pulau Pinang pada aksi pertama di Stadium Darul Makmur, 7 April lepas, terikat 2-2 pada aksi timbal balik di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Dua gol Pahang dijaringkan oleh penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme pada minit keenam dan ke-10 sebelum Hilton Mauro Moreira menyamakan kedudukan untuk Pulau Pinang pada minit ke-77 dan 87.

Keputusan itu, bagaimanapun tidak menghalang skuad Tok Gajah untuk mara ke separuh akhir menerusi agregat 4-2.

Pahang bakal berdepan Kelantan pada aksi separuh akhir, awal bulan depan.

Kelantan selaku juara dua kali Piala FA, melangkah ke separuh akhir susulan kemenangan dengan agregat 4-1 ke atas wakil kelab Lembah Klang, Sime Darby FC dalam satu lagi aksi suku akhir.

Dalam pada itu, Lions XII mengalahkan pasukan Liga Perdana, JDT II 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu, malam ini untuk mara dengan agregat 4-0.

Untuk rekod, Lions XII menang 2-0 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Jalan Besar, 8 April lepas.

Pada aksi di Johor Baharu itu, Muhammad Khairul Nizam Mohammad Kamal meledak gol pertama Lions XII setelah menanduk masuk hantaran daripada abangnya, Muhammad Khairul Amri pada minit ke-19 sebelum Muhammad Nazrul Ahmad Nazari mengesahkan tiket ke separuh akhir menerusi gol kedua pada minit ke-64.

Mereka dijadual menentang Terengganu pada aksi separuh akhir.

Terengganu mara ke separuh akhir setelah mengatasi Perak dengan agregat 3-1 pada satu lagi aksi suku akhir.

Perlawanan separuh akhir akan diadakan mengikut format timbal balik pada 8 dan 9 Mei bagi separuh akhir pertama, diikuti aksi timbal balik pada 15 dan 16 Mei. – BERNAMA

Tags: Piala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd