• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKM Melaka Salur Bantuan RM20j Bagi 3 Bulan Pertama

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menyalurkan bantuan berjumlah RM20 juta melibatkan 28,105 penerima untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata jumlah bantuan itu merupakan sebahagian daripada bantuan RM293 juta yang disalurkan JKM Melaka sejak 2012.

Beliau berkata penerima bantuan itu terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, pesakit kronik, anak yatim dan pekerja cacat.

“Selain membantu mereka yang tidak berupaya menjana pendapatan bagi menyara hidup, antara objektif utama bantuan yang kami salurkan ialah mengupayakan penerima bantuan itu supaya mereka dapat berusaha sendiri menyara kehidupan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis JKM Melaka Bersama Media di sini hari ini, bertujuan merapatkan hubungan antara JKM Melaka dan pihak media.

Latipah berkata daripada jumlah bantuan disalurkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini juga, RM6.8 juta disalurkan kepada golongan OKU melibatkan 7,318 penerima.

Beliau berkata selain OKU, RM8 juta disalurkan kepada golongan warga emas melibatkan 9,011 warga emas dalam tempoh sama.

Sementara itu, Latipah berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan agar barangan dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disalurkan kepada JKM.

Beliau berkata cadangan itu dilihat mampu memberi manfaat kepada golongan berkeperluan di negara ini sekali gus memupuk budaya kitar semula.

“Barangan keperluan asas contohnya barangan perkakas rumah seperti meja dan kerusi yang boleh diguna pakai semula boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Ahad lepas, JKM melalui Ketua pengarahnya Datuk Zulkiply Ramli mencadangkan agar barangan dirampas JKDM dan KPDNKK disalurkan kepada JKM agar boleh dimanfaatkan golongan berkeperluan. – BERNAMA

Tags: bantuanJKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd