• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wardina Mohon Maaf Isu Salib, Kesal Tindakan Samseng

oleh AK-47
23/04/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES lambang salib yang digantung di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya yang diturunkan selepas mendapat bantahan penduduk tempatan mendapat perhatian ramai termasuk personaliti terkenal, Wardina Saffiyah.

BACA: Gereja Akur Bantahan Penduduk, Turunkan Salib

Tergerak memberi kenyataan, Wardina Saffiyah menyuarakan rasa kesalnya berkenaan isu tersebut dan memohon maaf kepada penganut Kristian dalam laman Facebook peribadinya.

wardina (1) (1)

Dalam entri Facebooknya, Wardina berkata, tanda salib itu tidak perlu diturunkan dan memohon maaf kepada penganut Kristian di taman tersebut kerana merasa dibuli dan hak kebebasan beragama golongan itu seolah-olah disekat.

“Saya harap salib itu kekal di situ. Tolong jangan turunkan. Saya memahami perasaan kenalan penganut Kristian di situ dan meminta maaf kerana kalian sering dibuli oleh sebilangan saudara seIslam saya. Wahai saudara Islam semua, jadilah umat Islam yang sebenar-benarnya.

“Orang Islam sejak berabad dulu termasuk semasa zaman Rasulullah SAW telah hidup secara harmoni dengan orang beragama Kristian. Saya sayangkan saudara saya yang beragama Kristian.

“Biarkan penganut agama Kristian juga mendapat hak kebebasan mereka. Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya,” kata Wardina.

Wardina yang kini khabarnya berada di Australia kerana menyambung pengajiannya meluahkan harapan agar semua pihak menghormati kepercayaan masing-masing.

“Saya faham perasaan menjadi golongan minoriti. Saya tahu betapa sukarnya jika dibuli kerana kepercayaan kita. Apabila orang bukan Islam menyokong orang Islam di Australia, perkara itu sudah membawa makna yang cukup besar untuk kami semua di sini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Wardina menyifatkan tindakan dan sikap ‘samseng’ yang ditonjolkan oleh segelintir orang Islam dalam protes tanda salib tersebut sebagai ‘bodoh’.

Kenyataan berani Wardina berkenaan isu tersebut menimbulkan pelbagai reaksi ramai di laman sosial tersebut.

Pada Ahad lalu, kira-kira 50 penduduk setempat melakukan bantahan di hadapan sebuah premis gereja di Taman Medan menuntut agar tanda salib besar yang digantung di premis berkenaan diturunkan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Free Malaysia Today

https://www.youtube.com/watch?v=T5exhQXHog0

Tags: Gerejasalibwardina saffiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Konflik Palestin-Israel: Sudah Tiada Tempat Selamat, Masjid, Gereja Kena Bom

23/10/2023
0

PETALING JAYA – Seorang jurugambar Palestin, Motaz Azaiza, mendedahkan tiada lagi tempat selamat untuk dijadikan kawasan berlindung buat penduduk di...

Salib: MCA Dakwa DAP Mahu Jaga Hati Orang Melayu

19/11/2021
0

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon mendakwa DAP telah memadamkan lambang salib dari gambar Gereja Christ Melaka untuk menjaga hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd