• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Hilang Ditemui Mati Di Ladang Sawit Di Dungun

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Tepus pada 2 April lepas, ditemui mati di kawasan ladang sawit milik Ketengah Holding di sini, hari ini.

Mayat Jusoh Abdullah, 79, dijumpai kira-kira 10 pagi tadi oleh pekerja ladang yang melakukan kerja-kerja pembersihan selepas terhidu bau busuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat warga emas itu kira-kira 3 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Polis percaya mangsa telah meninggal dunia lebih daripada seminggu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah mereput, katanya.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Jusoh dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun getah miliknya di Kampung Tepus dengan menaiki basikal. – BERNAMA

Tags: Mayatwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd