• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemaju Perumahan Digesa Bertanggungjawab, Elak Projek Terbengkalai

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menggesa agar pemaju perumahan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen serta berhati-hati menyiapkan sesuatu projek perumahan.

Beliau berkata ia adalah penting untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses pembinaan serta dapat memastikan projek itu dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

“Saya sekali lagi ingin menekankan kepada pemaju perumahan agar bertanggungjawab menyiapkan projek mereka, bagi memastikan projek itu tidak terbengkalai, yang akan merugikan banyak pihak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Taman Khazanah Indah, Jalan Tungku, dekat sini, Ahad.

Hajiji berkata penyediaan perumahan berkualiti dan mampu dimiliki segenap lapisan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah merupakan sebahagian daripada agenda sosial kerajaan bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat di Sabah.

“Sehubungan itu, saya berharap kemudahan perumahan yang disediakan benar-benar mampu memberi keselesaan hidup kepada golongan sasar, sekali gus membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan selamat,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Hajiji berkata perumahan Taman Khazanah Indah itu dapat direalisasikan dengan usahasama kementeriannya dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd.

“Projek perumahan ini merupakan projek perumahan terbengkalai yang mana dibangunkan sejak 2007 oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan melantik sebuah syarikat sebagai kontraktor.

“Malangnya kerja pembinaan rumah berkenaan berhadapan pelbagai kesulitan sehingga kerja-kerja pembinaan diberhentikan pada 2009,” katanya.

Hajiji berkata disebabkan masalah itu pihaknya telah mengkaji untuk memulihkan projek berkenaan bagi menjamin hak dan kepentingan pembeli yang telah membuat komitmen dengan pihak bank.

“Atas inisiatif dan kerjasama dengan Khazanah Jaya Sdn Bhd kerja pembinaan semula dimulakan pada 2012 dan 282 unit rumah telah siap dibina pada Mac tahun ini,” katanya. – mStar Online

Tags: pemajuRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd