• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : Pakcik Ini, 11 Tahun Kutip Jalur Gemilang Jatuh Demi Negara

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Terkini, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT (Kelantan) – Jika terlihat bendera Jalur Gemilang yang jatuh di atas jalan raya, sebahagian besar pengguna jalan raya akan hanya memandu terus dan membiarkan bendera negara Malaysia itu dilanggar kenderaan yang lalu lalang.

Tetapi bagi Mohd Nasir Mustafa, 52, sejak tahun 2011 beliau dan seluruh keluarganya mengutip bendera Jalur Gemilang yang jatuh dan menyimpannya atas dasar setia dan cinta pada negara.

Selepas bendera Jalur Gemilang yang dikutipnya berjumlah 46 helai, beliau menggunakan bendera-bendera yang dikutip menghias van miliknya sebagai tanpda patriotik.

Jika biasanya, ada individu menggunakan bendera baru yang cantik untuk dihias di kereta tetapi Mohd Nasir menggunakan bendera lama yang sudah koyak dan buruk sebagai hiasan kenderaannya.

“Daripada setahun ke setahun, jika ada bendera jatuh saya akan kutip, baiki baru saya naikkan ke atas kenderaan saya, selama 11 tahun sudah saya buat ni,” katanya kepada Mynewshub.cc malam tadi.

Beliau ditemui ketika berada di sekitar Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) untuk mendengar program ceramah perdana BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor malam tadi.

Menurut Mohd Nasir yang berasal dari Tanah Merah, Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyuruhnya datang ke situ dan menunjukkan sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor.

Sehingga ke hari ini sudah 11 tahun, beliau terus setia mengutip bendera Jalur Gemilang yang jatuh di atas jalan raya atau di mana-mana sahaja sehingga jumlah bendera yang dikutip sudah mencecah melebihi 200 helai.

“Saya sayangkan bendera ini (Jalur Gemilang) sampai saya tak benarkan bendera ini dipijak, kalau dalam hujan pun saya turun ambil,” katanya

Van Mohd Nasir yang merupakan seorang bekas pesara tentera menjadi tumpuan sepanjang kempen PRK DUN Pengkalan Kubor ketika dipandu beliau di sekitar kawasan DUN bagi membantu calon BN Mat Razi Mat Ail berkempen.

Mat Razi akan berhadapan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary pada PRK itu yang akan berlangsung hari mengundinya pada 25 September ini.

http://youtu.be/19Vo7EHep64

Ia diadakan bagi mencari pengganti Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar dari BN yang meninggal dunia pada 20 Ogos lepas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dam Video : RIZA RAZAK

Tags: jalur gemilangPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd