• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Acara Fit Malaysia Untuk Pastikan Gaya Hidup Sihat – KJ

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tujuan penganjuran Fit Malaysia adalah untuk memastikan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan pada masa sama menjadikan Malaysia sebuah negara sukan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Kita perlu memulakan gaya hidup yang sihat, ramai rakyat tidak mengekalkan kecergasan dan sihat.

“Kita mempunyai begitu ramai kanak-kanak menghadapi masalah obesiti, mereka yang menghidap kencing manis dan kolesterol,” kata beliau pada acara Fit Malaysia peringkat negeri di Padang Merdeka di sini hari ini.

Lebih 10,000 orang menyertai pelbagai aktiviti kecergasan semasa acara itu yang dirasmikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Khairy berkata untuk menarik seluruh rakyat menyertai aktiviti kecergasan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Malaysia menyambut Hari Sukan pada hari kedua setiap Oktober.

“Apabila rakyat cergas, kita boleh menjadi lebih produktif dan mampu melahirkan lebih ramai jaguh sukan yang akan menggantikan Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong dan Datuk Nicol David,” kata beliau.

Adenan dalam ucapannya menggesa masyarakat supaya mengekalkan gaya hidup sihat dan sentiasa cergas.

“Saya berusia 71 tahun tetapi saya kelihatan 20 tahun lebih muda dan sebab itulah saya percaya anda mesti sentiasa sihat dan menjaga kesihatan.

“Dua tahun lepas, saya sakit teruk dan dimasukkan ke hospital. Saya telah pun mengumpulkan anggota keluarga saya untuk menyampaikan pesanan terakhir saya, tapi dengan kehendak Allah, saya masih berada di sini,” katanya.

Oleh itu, kata beliau, adalah penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dalam jangka panjang. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd