• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panggang Diri Untuk Rawat Kanser Di China

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

China – Seorang lelaki yang menghidap penyakit leukemia mengambil keputusan memanggang dirinya sendiri sebagai kaedah alternatif merawat penyakit berkenaan.

Jia Binhui, 25, mengambil keputusan memanggang tubuhnya di atas bara api kerana tidak mampu membayar kos perubatan yang mahal di hospital.

Beberapa pakar perubatan memberitahu Binhui, suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser di dalam tubuhnya.

Binhui membina satu pemanggang khas di belakang rumahnya supaya dia boleh menjalani rawatan berkenaan pada setiap hari.

Dia disahkan menghidap leukemia pada 2013 dan telah menghabiskan semua wangnya menjalani pemindahan sumsum tulang.

Bagaimanapun, Binhui yang bekerja sebagai petani tiada wang untuk menjalani rawatan susulan di hospital.

“Saya mendapat idea untuk menjalani rawatan ini selepas doktor memberitahu saya bahawa suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser.

“Saya berharap rawatan ini berjaya dan saya tidak akan berputus asa,” katanya.

Menurutnya, pada setiap pagi dia mencari kayu dan ranting di ladang berhampiran sebelum dibakar di bawah dua batang kayu besar.

Apabila api itu tinggal bara dia akan berbaring di atas dua batang kayu berkenaan selama mana yang dia boleh bertahan.

“Saya merancang untuk menjalani rawatan ini selama beberapa bulan lagi sebelum pergi semula ke hospital bagi melihat sama ada keadaan saya semakin baik atau tidak,” jelasnya. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=wYq_hJAlz5A

Tags: kanserperangai pelik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd