• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parkir Pasaraya

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Seorang gadis meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri dengan pisau oleh bekas tunangnya, di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Roze Shaari berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, sedang bekerja di pasar raya itu.

“Dipercayai berlaku pertengkaran antara Nursyafikah dan suspek yang berumur 20-an sebelum kepala Nursyafikah terhentak di sebuah motosikal akibat ditolak suspek serta kemudian ditikam di rusuk kiri menggunakan pisau pemotong sayur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Roze berkata kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa Nursyafikah yang merupakan kerani stor dan berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, telah bertunang dengan lelaki lain dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Katanya polis menemukan pisau yang dipercayai digunakan dalam kes itu di tempat kejadian dan Nursyafikah meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.

“Polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang dilakukan,” katanya.

– BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

https://youtu.be/5_qh6IG1cb8

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd