• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Akan Fail Permohonan Pinda Permohonan Pembelaan

oleh Ahmad Albab
08/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk memasukkan sabitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan pembelaannya dalam saman fitnah yang dikemukakan Anwar terhadapnya.

Perkara itu dimaklumkan peguam J. Leela, yang mewakili Anwar ketika ditemui pemberita selepas kes berkenaan disebut di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman S.Nantha Balan yang turut dihadiri peguam Sarah Abishegam, mewakili Khairy.

Leela berkata Khairy memohon untuk meminda pernyataan pembelaannya bagi memasukkan sabitan kes liwat Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan meliwat Mohd Saiful pada 26 Jun 2008.

Bagaimanapun, Leela berkata pihaknya akan membantah permohonan Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau bagi meminda pernyataan pembelaannya.

Leela berkata mahkamah turut menetapkan 14 dan 21 Ogos depan untuk perbicaraan selepas tarikh sebelum ini pada 7 dan 8 Mei dilapangkan, manakala 28 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes.

Mahkamah Persekutuan pada 6 April lepas membenarkan rayuan Khairy bagi memasukkan dapatan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama Anwar pada 2 September 2004.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM10 juta dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Anwar mendakwa klip video itu mengandungi sebahagian ucapan yang dikatakan berbaur fitnah diucapkan Khairy dalam satu ‘ceramah’ di Lembah Pantai di sini pada atau sekitar 20 Feb 2008.

Khairy, dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Okt 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan berdasarkan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Pada 9 Okt 2013, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Khairy untuk meminda kenyataan pembelaannya dalam kes saman itu.

Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan Khairy terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Ogos 2014 dan seterusnya pada 20 Okt tahun yang sama, Khairy mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk memfailkan rayuan. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd