• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Wira Perkasa Tidak Sedar Diri – Pemuda UMNO

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris perlu ‘cermin diri’ sebelum mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.

Exco Pemuda UMNO, Mohd. Ar Rahman Hussin berkata, semua pihak boleh meminta Perdana Menteri menjawab isu tertentu tetapi ia bukan bermaksud perlu mendesak Najib supaya berundur.

“Jika jawapan yang dimahukan, maka bersamalah kita menunggu kerana saya yakin beliau (Najib) akan menjawab semua isu yang diajukan. Mengapa nak mencari publisiti?

“Saya ingin mengajak orang ramai menepuk dada sendiri dan bertanya sejauh manakah Perkasa ini relevan. Pilihan raya lalu memperlihatkan tiada satu pun calon mereka yang menang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Ar Rahman turut membandingkan budi dan jasa di antara Perdana Menteri dan Perkasa kerana banyak polisi yang diperkenalkan Najib untuk membantu orang Melayu.

Beliau memberi contoh pelan pembangunan ekonomi bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri pada tahun lalu suatu indikator keikhlasan beliau dalam menaikkan taraf hidup bangsa Melayu.

“Saya tetap yakin dan percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri. Jadi, Ketua Wira Perkasa usahlah cuba menangguk di air yang keruh. Perjuangan untuk bangsa Melayu tidak cukup dengan sekadar membuat kenyataan akhbar sahaja,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: PERKASA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AGRA, GPMS, PERKASA Batal Perhimpunan Bantah Dong Zong

28/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) bersama dua lagi pertubuhan bukan kerajaan, membatalkan Himpunan Julang Perlembagaan ‘Rempuh 2812’...

Peguam Negara Digesa Henti Ganggu Perbicaraan Adib

20/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membatalkan pengakuan bersumpah Timbalan Pendakwa Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd