SETAKAT ini perkembangan rasmi mengenai nahas helikopter masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar menyebabkan helikopter yang dipandu juruterbang, Kapten Clifford William Fournier terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, petang Sabtu lalu.
Nahas itu mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan, Dato’ Tan Huat Seang, pengawal peribadi Dr Jamaluddin, Razakan Seran, Clifford dan pembantunya, Aidana Baizieva.
Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin semalam ada berkongsikan video saat-saat manisnya ketika memandu helikopter sambil dipantau oleh mendiang Clifford.
Dalam entri Instagram milik beliau, Khairy menulis, “Cliff was a great pilot. He taught me how to the helicopter and gave me the courage and confidence to take to the sky. I manage to find a video of us flying in Kelantan earlier this year, bringing aid to flood victims. That last frame with his face will be how I will always remember him. Flying with a smile, up ini the sky. RIP, buddy”.
“Cliff merupakan seorang juruterbang yang hebat. Dia mengajar saya macam mana nak pandu helikopter dan memberikan saya sepenuh keyakinan dan semangat untuk memandunya. Ini merupakan video kami terbang bersama awal tahun ini ketika membawa bantuan untuk mangsa banjir di Kelantan. Saya akan sentiasa merinduinya. Terbang denga senyuman, tinggi di atas awan. Semoga bersemadi dengan aman, kawan”.
Itu merupakan coretan Khairy yang sempat mengenali Clifford yang disifatkan beliau sebagai seorang juruterbang yang sangat pakar dengan kerjanya.
Daripada video itu dapat dilihat kesungguhan dan kecintaan mendalam Clifford terhadap kerjaya yang sekian lama diceburinya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHAR

