• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Bertafakur Seminit Peringati Mangsa Nahas

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian Anggota Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima lagi mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih Sabtu lepas.

Seluruh anggota parlimen beragama Islam diminta menyedekahkan Al-Fatihah buat mangsa manakala wakil rakyat bukan Islam bertafakur sebagai tanda memperingati mangsa nahas berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said menyatakan pemergian Jamaluddin adalah kehilangan besar kepada negara kerana peranannya menyumbang tenaga membangun negara termasuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Bagi pihak Yang Dipertua Dewan Rakyat dan pihak parlimen kami mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Puan Sri Dr Kalsom Ismail dan seluruh keluarga Allahyarham, ” katanya yang seterusnya menyenaraikan jawatan-jawatan yang pernah dipegang Allahyarham sepanjang khidmatnya dengan kerajaan, termasuk sebagai Duta Khas ke Washington.

Ismail turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin berwibawa, mengambil berat kebajikan rakyat sepanjang menjadi wakil rakyat selama enam penggal.

Semalam, jenazah Jamaluddin disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara selepas solat Asar.

Jamaluddin yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia dan Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat orang lagi terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang pada Sabtu.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd