• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemergian Jamaluddin Kehilangan Besar Dalam Sukan Berkuda

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Pemergian Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis merupakan satu kehilangan besar dalam sukan berkuda negara, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata allahyarham yang juga Presiden Persatuan Equestarian Malaysia sejak 2001, telah memberikan banyak sumbangan bermakna dalam sukan berkuda negara termasuk penganjuran kejohanan berkuda bagi ketegori Show Jumping dan Endurance bertaraf antarabangsa.

“…dan pemergian beliau bukan hanya akan dirasai oleh sukan berkuda, malah seluruh warga sukan merasa kehilangannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Liga Sukan Parlimen Kuala Langat di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Mohd Karli.

Jamaluddin antara enam orang yang terkorban dalam nahas helikopter di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang semalam.

Mengulas mengenai kerjasama antara Persatuan Badminton Malaysia dengan Persatuan Bulu Tangkis Indonesia, Khairy berkata beliau difahamkan kerjasama itu lebih kepada pertukaran pengalaman dari segi latihan pemain-pemain muda.

“Menerusi kerjasama itu, pemain muda Malaysia akan bermain di kejohanan-kejohanan tempatan di Indonesia dan sebaliknya.

“Saya percaya pendedahan sebegini mampu meningkatkan lagi kualiti pemain-pemain muda negara jika dibandingkan hanya bermain di kejohanan-kejohanan tempatan sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jamaluddin JarjisKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd