• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Saksi Helikopter Terjunam Dan Terhempas

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang juruterbang sebuah pesawat yang kebetulan sedang terbang di kawasan Kajang berkata beliau menyaksikan sendiri helikopter Eurocopter Dauphin (AS365N2) terjunam sebelum terhempas dalam kejadian di Semenyih, petang semalam.

Juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Lee itu memberitahu stesen TV swasta Astro Awani bahawa beliau sempat berkomunikasi dengan juruterbang helikopter itu tentang kedudukan dan tujuan perjalanan masing-masing, tidak lama sebelum helikopter itu terhempas.

Nahas Helikopter yang dinaiki Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima lagi itu telah mengakibatkan kesemua mereka terkorban.

Lee berkata ketika kejadian, beliau sedang mengemudi kapal terbang dari Johor ke Subang dan melihat sendiri helikopter itu terjunam dan jatuh ke tanah.

“Lebih kurang pukul 5 petang, saya terbang dari Johor ke Subang. Pada masa sama ada helikopter dari Kuantan ke Subang. Bila sampai dekat Kajang nampak helikopter tanda IGB. Saya terus terbang.

“Dalam tiga minit pandang balik, helikopter tu dah menjunam, muncung ke bawah. Saya perhatikan helikopter tu jatuh ke tanah dan keluar asap hitam,” katanya dalam temu bual menerusi telefon oleh stesen televisyen swasta, Astro Awani.

Menurut Lee ketika kejadian, cuaca cerah dan hujan panas serta tiada ribut.

“Pada pengalaman saya, ia jatuh bukan disebabkan cuaca. Saya nampak itu yang jadi…rasa ngeri. Lepas kejadian, saya maklumkan menara kawalan tentang helikopter IGB terhempas.

Lee berkata beliau terpaksa meneruskan perjalanan kerana membawa penumpang.

“Sebelum kejadian ada cakap dengan pilot helikopter tu (menerusi sistem telekomunikasi). Kami maklum kami akan sampai ke Kajang pada sekian waktu dan sekian ketinggian. Dalam empat, lima minit, berlaku kejadian itu,” kata Lee.

Helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Nahas helikopter itu mengorban semua penumpang dan juruterbang termasuk Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.

Empat lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd