• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maki Anggota Keselamatan, Keeper JDT II Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT II), Mohd Anis Faron Ahmad ditahan polis selepas perlawanan membabitkan pasukannya dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pemain berusia 33 tahun itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955 Pindaan 1987.

“Pemain itu masih berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan selepas selesai siasatan dia akan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Sumber polis memberitahu pemain berkenaan dilihat mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas ketika sedang berjalan memasuki bilik persalinan sejurus permainan berakhir kira-kira pukul 10.50 malam.

Terdahulu, perlawanan berlangsung dalam keadaaan tegang dengan pengadil Mohd Mohd Jeffrey Zolkefli melayangkan tiga kad kuning kepada pasukan Pulau Pinang manakala pasukan pelawat menerima dua kad kuning.

Situasi semakin tegang apabila penonton menunjukkan reaksi tidak berpuas hati dengan bersorak dan mula membaling bekas minuman kosong dan sampah ke dalam kawasan padang pada minit ke-85.

Mohd Zaquan Adha meledak gol tunggal JDT II seawal minit kedua sebelum Pulau Pinang bangkit menghasilkan dua gol menerusi Hilton Moreira dan Alberto Goncalves pada masa kecederaan. – BERNAMA

Tags: JDTpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd