• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Patuh Etika Pakaian, Ibu Dilarang Saksikan Anak Konvo

oleh AK-47
07/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI segelintir ibu bapa, menyaksikan kejayaan anak di majlis graduasi mungkin pengalaman sekali seumur hidup. Maka ianya satu perkara yang penting buat mereka.

Namun seorang ibu bernama Marjorie Abdullah, menempuh pengalaman buruk berkaitan perkara ini dan kesedihannya dikongsikan di laman sosial hingga mendapat perhatian ramai.

marjorie_3.jpgWN

Marjorie yang datang ke Shah Alam dari Sarawak, menyatakan dia tidak dibenarkan memasuki dewan untuk menyaksikan Istiadat Konvokensyen anaknya kerana tidak mematuhi etika pakaian.

Pihak universiti tidak membenarkan Marjorie masuk kerana pakaiannya tidak mematuhi etika ditetapkan sekaligus memusnahkan harapannya untuk menjadi saksi hari penting anaknya itu.

11133733_1093761323973340_2568531790456066810_n.jpgWM

Marjorie memberitahu dia tidak tahu etika pakaian seperti tertera dalam kad jemputan kerana berada di Sarawak namun alasan itu tidak diterima pihak universiti berkenaan.

Akibat Marjorie tidak dapat memasuki dewan tersebut, anaknya juga enggan menghadiri Istiadat Konvokesyen kerana tidak setuju dengan cara ibunya dilayan.

Walaubagaimanapun, Marjorie tetap kelihatan gembira ketika bergambar dengan anaknya di luar dewan kerana yang penting, anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian.

Rata-rata netizen berpendapat, pakaian dikenakan Marjorie tidaklah ‘teruk’ dan pihak universiti sepatutnya masih ada budi bicara bagi menangani insiden tempoh hari apatah lagi si ibu datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan.

– MYEWSHUB.CC

Oleh: SyfqAkhir

Tags: Wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd