• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek Dan Cucu Maut Disyaki Terkena Renjatan Elektrik

oleh Ahmad Albab
02/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang wanita warga emas dan cucunya maut dipercayai terkena renjatan elektrik semasa berada di kawasan sawah padi di Kampung Kota Bungan, Kota Belud, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata pada mulanya mangsa Sundang Alip, 70, tergelincir dan jatuh ke dalam parit kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata cucu mangsa, Awang Mohd Rajip Abd Nazim, 25, yang cuba menyelamatkan mangsa gagal apabila dia turut terkena renjatan elektrik berkenaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat wayar elektrik yang telah putus dan jatuh mengenai pagar kawad duri yang memagari kawasan sawah padi di kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata jarak mangsa terkena renjatan elektrik dengan tempat wayar putus itu kira-kira 20 meter.

Difahamkan arus elektrik yang mengalir dari dawai elektrik yang terputus itu mengalir ke pagar kawad duri dan juga air parit yang mana Sundang terjatuh.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Belud untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi dan tiba 15 minit kemudian.

Katanya, pihak Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB) turut berada di tempat kejadian dan operasi tamat pada pukul 11.27 pagi. – BERNAMA

 

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

https://youtu.be/a7ItyTFW3fQ

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd