• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lelaki Geng Kongsi Gelap Tetak Ahli Perniagaan Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
31/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai punca kejadian sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang tetamu pada satu majlis di sebuah restoran di Tanjung Tokong di sini pada Ahad malam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tujuh lelaki dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 disyaki terlibat dalam serangan itu yang menyebabkan seorang ahli perniagaan cedera akibat ditetak dengan parang.

“Polis telah mengenal pasti tujuh lelaki terbabit dan yakin dapat menahan lelaki berusia 20 hingga 30 tahun itu dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM), di sini Selasa.

Beliau berkata siasatan mendapati, penyerang berkenaan cuba membalas dendam terhadap sebuah lagi kumpulan kongsi gelap dan difahamkan ada anggota geng terbabit hadir pada majlis itu.

“Bagaimanapun mangsa yang cedera bukan anggota mana-mana geng kongsi gelap dan dia kebetulan berada di lokasi kejadian kerana menghadiri majlis kenalannya,” katanya.

Dalam kejadian pada 9.55 malam itu, lelaki berusia 50-an yang menghadiri sambutan kelahiran anak rakannya, cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang sebuah khemah di hadapan restoran berkenaan, yang turut menempatkan 15 tetamu lain.

Abdul Rahim berkata ahli perniagaan berkenaan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahim berkata pihaknya menyasarkan pertambahan 1,159 anggota SSPDRM tahun ini sebagai langkah mempergiatkan lagi operasi polis dalam membanteras kegiatan jenayah di negeri ini.

Beliau berkata pada masa ini, kontinjen Pulau Pinang mempunyai 1,389 anggota SSPDRM.

“Mereka ini juga memainkan peranan penting dalam menarik masyarakat untuk bersama-sama polis menangani jenayah,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes pukulKongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd