• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah, Terkini
0
Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara angkat sumpah kumpulan kongsi gelap di Salak Selatan, Sungai Besi, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Serbuan ke rumah kedai di Salak Selatan Baru itu dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, jam 11 pagi tadi, hasil maklumat dan risikan.

Ketika gerakan itu, sekumpulan individu berada dalam premis terbabit dipercayai bersiap sedia untuk merekrut ahli baharu terdiri 14 remaja bawah umur berusia 14 hingga 17 tahun, termasuk pelajar sekolah menyertai pertubuhan disyaki ada kaitan Kumpulan Kongsi Gelap 360.

Daripada jumlah lelaki yang ditahan, 10 daripada mereka adalah warga emas berusia antara 60 hingga 91 tahun dan 37 adalah lelaki dewasa berusia antara 18 hingga 59 tahun daripada pelbagai latar belakang termasuk mempunyai rekod jenayah lampau. Semua yang ditahan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut.

Pertubuhan berkenaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kononnya menjalankan aktiviti berasaskan kemakmuran, namun ia dipercayai bagi mengaburi aktiviti kongsi gelap mereka.

BH difahamkan, antara kesalahan yang dikenal pasti polis adalah merekrut remaja bawah umur, ada unsur gengsterisme serta memiliki peralatan angkat sumpah.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi, mengesahkan serbuan berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

BHonline-

Tags: Kongsi Gelappelajar sekolahremaja
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

28/10/2026
0

IPOH - Pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan...

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap kejadian keganasan membabitkan pelajar tidak boleh lagi dianggap sebagai kes terpencil sebelum disusuli kenyataan simpati dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd