• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Mahu Sidang DUN Perak Jadi Kebanggaan Rakyat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menzahirkan hasrat baginda agar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dapat dijadikan kebanggaan rakyat negeri ini dan menjadi contoh rujukan dari segi prosiding, kualiti perbahasan serta tata kesopanan anggotanya.

Baginda bertitah berdasarkan profil ahli, DUN Perak dianggotai barisan profesional dan pemimpin politik yang kaya dengan pelbagai pengalaman.

“Kelulusan profesional dan khazanah pengalaman itu hendaklah dijelmakan dalam bentuk perbahasan yang mencerminkan kematangan dan kebijaksanaan, mengupas perkara-perkara utama dan menganalisis dasar-dasar penting secara rasional dan sebaik mungkin mengelakkan perkara-perkara sensasi yang berunsur peribadi,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga DUN Perak ke-13 di sini.

Persidangan kali ini turut mencatatkan sejarah kerana merupakan keberangkatan pertama Sultan Nazrin ke Dewan Undangan Negeri sebagai Sultan Perak ke-35 sejak dimasyhurkan pada 29 Mei 2014.

Titah baginda DUN adalah entiti tersendiri dan ia cabang bebas dalam sistem demokrasi yang berpegang kepada doktrin pemisahan kuasa.

Baginda bertitah peranan utama DUN adalah untuk menyemak, menegur, menasihat dan mengaudit cabang eksekutif.

“Ia adalah tanggungjawab setiap ahli Dewan, baik di kalangan penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Penuhilah peranan tersebut secara objektif – secara konstruktif bertujuan untuk menambah baik sistem penyampaian dan sistem perkhidmatan kerajaan demi kesejahteraan rakyat jelata,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana berjaya melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada negeri Perak. – BERNAMA

Tags: Perak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd