• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Geledah Pejabat PKR Cari Bahan Bukti Kes Rafizi

oleh AK-47
31/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENAM anggota polis dilaporkan menyerbu Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana Merchant, Damansara dipercayai bagi mengambil barang bukti berkaitan perhimpunan haram #KitaLawan.

Polis dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi turut mengeledah pejabat Setiausaha Agungnya, Mohd Rafizi Ramli yang turut sama berada di lokasi bersama peguam dan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivanan.

Menurut Agenda Daily, antara barangan yang dirampas anggota polis itu ialah empat buah komputer, sepucuk surat pekeliling berkaitan perhimpunan #KitaLawan serta kenyataan media berhubung perhimpunan yang sama.

Rafizi ditahan pada Jumaat lalu di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan dikeluarkannya yang menyeru kehadiran ramai di perhimpunan #KitaLawan yang berlangsung semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan Rafizi amat berbahaya dan boleh membawa ancaman kerana surat yang dikeluarkannya itu boleh mengundang pelbagai makna.

“Surat terbuka macam ni boleh menimbulkan pelbagai makna..adakah dia mengarahkan orang-orang dia supaya pecah penjara itu? Surat ini memberi pelbagai kefahaman..jadi kita menahan Rafizi untuk membantu siasatan,” katanya.

Pihak polis memperoleh perintah reman tiga hari bagi Ahli Parlimen Pandan itu.

Rafizi sepatutnya mengetuai kumpulan di perhimpunan tersebut dari Masjid Jamek untuk bertemu kumpulan lain dari Dataran Merdeka dan ibu pejabat PAS di kompleks membeli-belah Sogo. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PKRpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd