• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Berisiko Tinggi Diserang Penyakit Jantung

oleh Ahmad Albab
27/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat Orang Asli kini berdepan dengan risiko lebih tinggi untuk diserang penyakit jantung dan strok akibat perubahan gaya hidup dan pemakanan, demikian menurut kajian Institut Diabetes Kebangsaan (NADI).

Pengerusi Eksekutif (Kehormat) NADI, Prof Emeritius Datuk Dr Mustaffa Embong berkata kajian itu dilakukan terhadap hampir 2,000 penduduk Orang Asli di Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan antara 2011 dan 2014.

Mereka terdiri daripada individu berusia antara 11 dan 92 tahun di 15 penempatan Orang Asli, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kajian itu antara lain mendedahkan bahawa masyarakat Orang Asli mengalami perubahan budaya, termasuk dari segi pola pemakanan, terutama dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan membangun atau penempatan Felda, yang mula menggemari makanan segera berbanding makanan tradisional.

“Satu perkara yang lebih membimbangkan ialah semakin banyak Orang Asli mengalami paras kolestoral tinggi (37.2 peratus) dan obesiti (21.7 peratus), berbanding penduduk umum,” katanya.

Dr Mustaffa berkata kajian itu juga menunjukkan semakin banyak anggota masyarakat Orang Asli menghidap pradiabetes, paras kolestoral tinggi dan obesiti, yang menjadikan mereka berisko tinggi mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Bagaimanapun, menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, kadar diabetes dan darah tinggi dalam kalangan masyarakat Orang Asli adalah lebih rendah daripada purata kebangsaan, masing-masing pada kadar 2.8 peratus dan 12.8 peratus, berbanding 15.2 peratus dan 32.7 peratus bagi penduduk umum, katanya. – BERNAMA

Tags: Orang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd