• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Kerajaan Serius Cari Kebenaran – Paul Low

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Proses pengauditan dilaksanakan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bertujuan mencari kebenaran, bukan suatu ‘cara klasik untuk menghentikan komen’, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Audit Negara mula melakukan pengauditan setelah diarah berbuat demikian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membuat pengesahan terhadap akaun 1MDB secara bebas.

“Kerajaan serius untuk mencari kebenaran. Ketua Audit Negara diminta melakukan pengauditan bukan saja terhadap akaun, tetapi apa juga yang diperlukan untuk mencari kebenaran, khususnya mengenai perkara yang menimbulkan kebimbangan orang ramai.

“Ada orang mendakwa ini suatu cara klasik untuk menghentikan komen orang ramai, tetapi itu tidak benar. Dapatan Ketua Audit Negara akan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang bersifat dwipihak, telus dan terbuka,” katanya selepas melancarkan Sistem Pengurusan Susulan Audit di sini hari ini.

Pada 4 Mac, Najib mengarahkan Ketua Audit Negara membuat pengesahan terhadap akaun 1MDB dan berkata sekiranya terbukti terdapat sebarang salah laku, tindakan undang-undang akan diambil tanpa pengecualian.

Pada 9 Mac, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebuah pasukan petugas khas dianggotai wakil daripada Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibentuk bagi menyiasat aduan mengenai kedudukan dana 1MDB.

Low berkata audit oleh Ketua Audit Negara dan pasukan petugas khas itu dilakukan secara serentak dan bebas.

“Perlu dijelaskan bahawa mereka tidak menerima arahan atau campur tangan daripada sesiapa. Saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa ia berjalan secara bebas bagi menentukan sama ada dakwaan yang dibuat itu adalah benar kerana orang ramai ingin tahu mengenainya (kebenaran).

“Laporan Ketua Audit Negara akan didedahkan kepada umum,” katanya.

1MDB, yang ditubuhkan pada 2009, menjadi fokus media dan orang ramai setelah timbul dakwaan berlaku salah urus kewangan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=1UG1UbfF72k

Tags: 1MDBPaul Low Seng Kuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penggunaan Kamera Retina Mampu Atasi Buta – Dr Hilmi

Next Post

Peminat Zayn Luah Kekecewaan Menerusi Media Sosial

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Peminat Zayn Luah Kekecewaan Menerusi Media Sosial

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd