• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembali Meragut Selepas 4 Bulan Keluar Penjara

oleh Ahmad Albab
27/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Selepas dipenjara selama empat bulan sehingga Februari lalu atas kesalahan meragut, seorang lelaki ditangkap sekali lagi bersabit jenayah yang sama.

Suspek ditahan Selasa lalu bersama seorang lagi rakan di Taman Permai, Jalan Dato Permaisuri, Bandar Baru Permyjaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata dengan penahanan mereka, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes ragut bersenjata.

Beliau berkata kedua-duanya yang berumur sekitar 20-an kini direman selama tiga hari.

Mengulas mengenai modus operandi mereka, katanya suspek meragut dengan menggunakan pisau lipat.

“Satu kes pernah dilakukan kedua-dua suspek ialah mengekori seorang mangsa dengan motosikal sehingga ke kediaman mangsa, sebelum mengetuk cermin kenderaan mangsa dan berpura-pura mahu bertanyakan sesuatu.

“Apabila mangsa membuka cermin kenderaannya, suspek terus meragut beg tangan mangsa,” kata Stanley.

Beliau berkata kes terbaharu yang dilakukan suspek ialah pada Selasa lepas di tempat letak kereta di Dewan Suarah Miri, sebelum kedua-duanya ditangkap.

Daripada mereka, polis antara lain merampas sebuah motosikal, rantai emas, sebilah pisau lipat, telefon bimbit, jam tangan dan kad ATM.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menumpaskan kumpulan mencuri motosikal dengan penahanan lapan lelaki dan merampas enam buah motosikal yang dipercayai dicuri. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=rTGRP9rOUeI

Tags: kes ragutPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd