• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudahlah Tak Hadir Bicara, Kantoi Curi Motor Pulak..

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Dua remaja lelaki dari Tanah Merah, Kelantan yang sepatutnya menghadiri perbicaraan kes curi motosikal di mahkamah di Bukit Mertajam, tidak serik apabila sekali lagi terlibat dalam kes curi motosikal di Bagan Dalam, Butterworth awal Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dua remaja berusia 19 dan 20 tahun itu baru tiba di Butterworth dengan menaiki bas dari Tanah Merah pada pukul 6.20 pagi ini sebelum mencuri sebuah motosikal di Flat Bagan Dalam 10 minit kemudian.

“Anggota polis yang menjalankan rondaan pencegahan jenayah mendapati dua remaja itu dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan mereka memberhentikan motosikal di tepi jalan, bagaimana pun penunggangnya memecut laju.

“Tindakan pantas anggota polis mengejar dua remaja itu telah berjaya menahan mereka kira-kira dua kilometer daripada kawasan perumahan tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan baru sahaja dicuri,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua remaja itu bersama empat rakannya pernah ditahan oleh polis daerah Seberang Perai Tengah di Penanti pada 9 Feb lepas selepas terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal di sekitar Pulau Pinang.

Abdul Rahman berkata dua remaja berkenaan seperti tidak serik kerana walaupun baru tiba di negeri ini untuk menghadiri perbicaraan kes curi motosikal tetapi sekali lagi mencuri kenderaan berkenaan.

“Modus operandi mereka adalah menaiki bas dari sana (Tanah Merah) dan turun di terminal-terminal bas di negeri ini sebelum mencuri motosikal di sekitar Pulau Pinang dan membawa balik ke Kelantan sebelum ia dijual atau komponennya dileraikan selain turut dijual dengan harga lebih murah.

“Semasa ditahan dua remaja itu mengaku baru sampai di negeri ini untuk menghadiri perbicaraan kes curi motosikal di mahkamah di Bukit Mertajam bagaimana pun mereka terlebih dahulu bertindak mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha sebelum berjaya ditahan polis,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sama ada geng ‘awe kelate’ yang aktif sejak Ogos tahun lalu itu terlibat dengan kes kecurian motosikal di daerah itu yang semakin meningkat sekarang ini.

Dua remaja yang tidak bekerja itu kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan polis berjaya menumpaskan geng curi motosikal selepas menahan enam lelaki berusia 17 hingga 21 tahun dan merampas 10 buah motosikal bernilai RM50,000 dalam dua serbuan pada 7 Feb lepas.

Polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kuranganya 10 kes curi motosikal di Pulau Pinang susulan penahanan enam remaja lelaki berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kes Curikes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd