Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Mekanik Didakwa Sembunyi Wang...

KUALA LUMPUR — Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Malaysia Diaibkan UAE Pada...

KUALA LUMPUR - Malaysia nyata bukan tandingan pasukan ranking ke-70 dunia, Emiriah Arab...

Masalah Lalat Akibat Sistem...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengenal pasti masalah lalat yang serius di beberapa...

SPR, JPN Tubuh Pasukan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menubuhkan jawatankuasa...

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan bernilai lebih RM539 di sebuah pasar raya di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Rasyidah Ramly, 46, membuat pengakuan itu sebelum mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri 47 jenis barang milik sebuah pasar raya bernilai lebih RM539.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pasar raya di daerah ini pada jam 3.30 petang, 23 Mac lalu.


Dia yang didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda serta penjara dan sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 30 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Hanis Mohd. Zaini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori